Masjid An-Nur Temasya Glenmarie, S.A., Selangor

Masjid An-Nur Temasya Glenmarie terletak di persimpangan kerjaya dan Jalan Usahawan U1/8 Seksyen U1, Bandar Glenmarie berhadapan bangunan pejabat DRB HICOM.

Jalan ini juga adalah jalan alternatif yang menghubungkan antara Shah Alam dan Subang yang mana ianya membolehkan masjid ini mudah dikunjungi oleh para jemaah. Masjid ini bernilai RM12.3 juta ini dibina diatas tanah seluas 3.43 ekar yang telah diwartakan tanahnya sebagai tanah masjid bagi kegunaan masyarakat Islam sekitar Glenmarie khususnya.

Peneraju bagi pembinaan masjid ini adalah Temasya Development CO. Sdn Bhd anak syarikat kepada I&P Group Sdn Bhd.

Pembinaan Masjid An-Nur Temasya Glenmarie adalah memberi kemudahan dan keselesaan kepada para penduduk kawasan Seksyen U1 untuk berjemaah dan beribadah.

Ketiadaan sebuah masjid dikawasan ini memerlukan penduduk dan pekerja keluar dari kawasan Glenmarie untuk bersolat berjemaah lebih-lebih lagi solat Jumaat.

Jawatankuasa Penaja Binaan ditubuh yang dipengerusikan oleh Dato' Nasri Nasrun, maka bermulalah perjalanan proses pembinaan masjid dengan dimulakan dengan bancian penduduk, bancian pekerja yang mana ianya mencecah statistik yang cukup signifikan untuk membina masjid dengan kadar segera.

Pelan perancangan pembinaan telah diluluskan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 25 Jun 2013 dan kerja-kerja pembinaan bermula pada 9 Disember 2014 dan siap sepenuhnya pada 8 Disember 2016.

Tanggal 23 Mac 2017 (Khamis) telah diadakan majlis penyerahan oleh pengurus projek kepada pihak JAIS bagi mengurus tadbir Masjid An-Nur Temasya Glenmarie. Dan solat Jumaat pertama diadakan pada 24 Mac 2017 dan dirasmikan DYM Sultan Selangor pada 2 Jun 2017.

Pendermaan kepada Masjid An-Nur Temasya Glenmarie ini dibawakan oleh Sujood

Borang Infaq

RM
+60
RM
powered by